Minggu, 31 Oktober 2010 00.13
Label: buku islami , Produk
"Kisah Sahih Para Nabi Jilid 2"
(Shahih Qishahul Anbiya')
Sudah sampai masanya umat Islam melakukan sedikit penilaian dan
pemilihan di dalam mengambil kisah-kisah para Nabi. Ini adalah kerana,
terdapat terlalu banyak kisah-kisah para Nabi yang tersebar di luar
sana kebanyakannya adalah tidak tepat, kurang tepat, malah ada yang
direka-reka. Maka, buku berjudul, Kisah Sahih Para Nabi ini pun
diterbitkan (diterjemahkan) utk tatapan para pembaca dan pengkaji ilmu
di luar sana.
Buku ini asalnya adalah karya susunan al-Hafiz Ibnu
Katsir, yang kemudiannya diberi semakan oleh Syaikh Salim 'Ied
al-Hilali bagi memastikan setiap fakta dari hadis-hadis dan atsar yang
dibawakan di dalamnya terjamin sahih serta memiliki nilai yang tinggi.
Kelebihan buku ini terletak pada cara pengungkapan sejarah para Nabi
dan Rasul berdasarkan tema-tema kunci yang mewakili babak-babak sejarah
para Nabi dan Rasul. Semua itu dilakukan dengan terlebih dahulu
mengumpulkan semua ayat-ayat al-Qur'an yang berkaitan dengan Nabi dan
Rasul-rasul tertentu, kemudian ia menjelaskan tambahan dan penguatnya
dari hadis-hadis Nabi atau atsa-atsar yang sahih, sehingga darinya
tergambarlah sejarah para Nabi dan Rasul yang sebenarnya. Buku ini
emang tidak menitik-beratkan susunan/episod jalan cerita, tetapi ia
meletakkannya berdasarkan tema-tema tertentu, kerana titik tentunya
adalah bertujuan mengungkapkan sejarah para Nabi dan Rasul dari
sumber-sumber yang sahih, bukan menceritakan para Nabi dan Rasul dengan
kaedah jalan cerita sebuah novel atau cerita-cerita hikayat yang
sebahagiannya mengandungi kisah-kisah rekaan tokok tambah semata-mata
mahu menyambungkan sebuah kisah.
Harga: Rp120.000
Member: Rp 84.000
Hanya di Darul Ilmi Agency (Menerima pesan antar dalam dan luar kota Makassar)
Jalan Abdullah Daeng Sirua No. 73 Makassar
0411- 285 05 63 / 0852 4266 1561
darulilmi@ymail.com
dapatkan diskon dengan menjadi member Darul Ilmi Agencyi
nfo member silahkan klik :http://www.facebook.com/profile.php?id=1
Comments (0)
Posting Komentar